lambat sikit dari philiphine tapi its okey lah
yang tak okey tu ade ke patut tv8 dubbing bahasa Mandarin.
udah tak sedap bunyiknye.
siapa dah tengok kat astro sila angkat kaki. haip dah tu turun kaki. buruk beno rupeye
aku paling tak suke tengok drama korea kat tv 8 hempeh!!!!
tapi slot hari khamis ngan jumaat reti pulak kekalkan bahasa asal. phewww mane boleh tengok pun
sebab drama melayu tengah on kat tv 3. caittttt
tak pelah bukankah aku selalu mengalah dengan drama korea sebab boleh tengok online!!!!! yeahhhh
baik back to the heirs
cerita yang menarik. alah macam citer melayu gak orang kaya jauh cinta pada orang miskin. tipikal men!! tapi ianya drama korea jadiknya enggak sama drama malaysia buk!!! apa yang tak sama? korang tengok lah sendiri.
temanya masih lagi berpegang kepada kekeluargaan dan kasih sayang. dalam drama ni macam mana sekali pun ada perasaan benci keluarga come first. itulah pasal aku suka tengok drama Korea walaupun scene yang tak sepatutnya ada tu banyak tapi abaikanlah sebab tema dia tak pernah lari. even orang rampas kekasih kao pun tak delah nak simbah asid bagai. hahahaaa i loike. eh terlari lah pulak tajuknya. maap!
pelakonnya ramai
aku pun kadang pening
nama udah nak serupa
kisah bermula bila Cha Eung Sang (heroin) pergi ke Us sebab mencari kakaknya yang konon-konon nak kahwin dengan omputih yang kaya raya. padahal kakaknya tu dah berenti belajar jadi pelayan kat kedai kopi + jadi perempuan simpanan lelaki yang banyak utang.
Kim Tan (hero) yang dibesarkan di US tanpa ibu bapaya sebab dia anak perempuan simpanan ayahnya. ayahnya rahsiakan siapa mak Kim Tan dan mengatakan Kim Tan ni adalah anak kepada pengerusi Jeguk High School iaitu isteri sah ayahnya lepas kematian isterinya yang dulu. semua orang benci dia sebab ayah dia akan wariskan harta kepadanya bila dia 18 tahun. abangnya berusaha keras untuk bolot semua harta. abang dia memang benci giler kat dia.
inilah carta yang memeningkan kepala otak korang
untuk hilangkan kepeningan korang dnegan hubungan mereka yang kelam kabut macam keluarga 69
tengoklah carta kat bawah
maapler namenya idak ada. teman pun dah lupa apa nama watak deme ni
apatah lagi name beno nye
buat-buatlah paham
hero dan heroin bertemu di US. si Kim Tan Nampak Eung Sang bergaduh dengan kakanya dan bawa lari duit adiknya. sampai adik tak ada tempat tinggal dan duit di US. Kim Tan ni lah yang tolong sampai dia sampai balik semula kekorea.
bila eung sang balik ke korea, Kim Tan rasa sunyi dan bosan. dia balik juga kekorea walaupun abangnya menentang keras. dia tak peduli.
kebetulan Eung sang adalah anak orang gaji mak Kim Tan. dapt pula bersekolah di Jeguk High School dengan biasiswa kebajikan. sekolah paling mahal kat korea katanye!. lagilah senang si Kim Tan nak usha Eun Sang ni.
inilah hero dan heroin
aku baru tau ini Lee Min Hoo baq hang!!!!
sadis beno dok ngadap drama Korea tak tau sape pelakonnya waaaa
kire oke lah tu dalam citer ni dari Boys over flower dengan rambut kerinting
hahaha kelakar
okey sambung balik. Kim Tan ni suka kat Eun Sang. bila mak si Kim Tan dapat tahu mengamuklah mak dia sebab dia dah ada tunang. bertunang sebab pernigaan. Kim Tan ni langsung tak ada hati kat tunang dia. tunang dia nama racheal
ni lah si racheal si tunang Kim Tan yang buruk kelaku
anak kepadapemilik Rs Intenational (kedai baju)
name je anak orang kaya
tapi ehh geram pulak aku ni
kome tengokler sendiri di dok cakap mandarin
carutnya tu dah tak sedap didengar
nak sedapkan cerita mesti ada 2nd hero. aduhai 2nd hero lagi comel dari hero. walaweiiiii
Choi Young Do
anak kepada pengusaha hotel Zeus.
bakal jadi adik beradik tiri Racheal. tapi tak jadi
kenapa tak jadi kenalah tengok
satu ketika dulu kawan baik Kim Tan. dia je yang tahu rahsia Kim Tan
tapi jadi musuh sebab satu insiden.
bermusuh sekali lagi sebab rebutkan Eung sang.
ini pun satu hal buruk kelaku jugak
elok lah kome
jadi adik beradik
same je
drama ni banyak sangat pelakonnya. aku nii bukan rajin beno nak review semuanya heeeeeee.
ending? agak boleh tahu kot? ce teka.
baiklah aku sambung sikit lagi.
bila ayahnya si Kim Tan dapat tahu hubungan Kim Tan dengan Eung Sang, Eung Sang di halau keluar dan Kim Tan pon jadi mereng sikit sebab Eung Sang dah tak ada disisi dia. lepas satu kejadian dan beberapa kejadian. Mak Kim Tan keluar dari rumah sebab tak tahan lagi jadi perempuan simpanan. ayah si Kim Tan jatuh sakit
tapi yang jaganya adalah si perempuan simpanan tu lah. isteri kesayangan mula nak bolot harta.
Masa ni lah Kim Tan dan Kim Won siabang yang benci adik mula berbaik demi nak selamatkan syarikat mereka. dengan bantuan setiusaha ayahnya mereka. dapat juga halang semua harta jatuh ke tangan mak tiri yang tamak.
si abang yang mengalah dengan perasaannya sendiri
demi menyelamatkan syarikat dan adik yang mula dianggap adik
We may fall again
And we may get on our knees.
However, one thing's certain.
No matter what...
Go for it.
(ep 20)
heh dah abih. nanti 4 Feb 2015 silalah dengar mereka carut dalam bahasa mandarin 8.30 malam 8tv.
aku? comfirmlah tak tengok. nak mamp....... abih lah aku pula kena carut..
something i confuse.
Eung Sang anak orang miskin. tapi boleh pergi US dengan duit sendiri. mak ai. aku nak ke Penang pon tak mampu. apatah lagi ke US.
semiskin-miskin orang Korea mereka mampu pakai handphone yang paling latest. fulaweiii tabik spring lah. kao hado???!
ape jeling-jeling!! Haipp jangan nak samakan aku dengan perempuan yang pi peluk artis kpop tu
No comments:
Post a Comment