salam aidilfitri 17 heheehee
lambat pos bz memaanjang huhuhuhu
here come karya merapu
PART 4
“Abah cantik tak??” Sambil berpusing-pusing menggayakan skirt kembang dengan blouse.
“Cantik anak dara abah ni. Pusing lagi abah nak tengok”. Arahnya lagi
Anak manja itu pun berpusing-pusing. “Dah la abah pening nanti pitam pulak”. Dia memegang hujung skirt dan mengambil tempat di sebelah abahnya. Lalu air abahnya dihirup.
“Eh ni kana bah punya” garau abahnya.
“Ye ke, ma sya punya mana?” tanyanye.
“ Ma tuangkan ye”
“Eh sya nak tukar baju dulu la” sambil berlari naik keatas. Mama menggeleng melihat telatah anaknya yang sorang tu.
Dato Jamal memejamkan matanya. Kerja-kerja di pejabat dibiarkan dahulu. Dia pening memikirkan hal anak gadisnya. Dia takut anak gadisnya itu akan menyimpang jauh. Sangkanya dulu anak gadisnya berubah kerana seiring dengan peredaran masa. Sudah puas memikirkan apakah punca anak gadisnya bertindak sedemikian. Sudah ditanya namun tiada jawapan dari Tuan empunya badan. Hendak dipukul rasanya anaknya itu sudah ada akal boleh berfikir yang baik dan yang buruk. Tapi masih melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Masih kurangkah kasih sayang yang diberi atau kasih sayang yang melebihi menyebabkan anaknya itu bertindak diluar dugaan.
Dato’ Jamal memicit-micit kepalanya.
*****
Khalif memasuki kelab ekslusif itu sambil matanya melilau mencari Cheryl.
“tequila” dan pelayan bar mengangguk lalu dihulurkan segelas kecil tequila. Diteguknya sedikit. Matanya melilau mencari kelibat Cheryl. Takkan malam ni pun tak datang.
“Martini” arah perempuan yang sudah duduk disebelahnya.
Martini. Beraninya. Gila keras. Khalif memandang perempuan disebelahnya. Dengan kilauan lampu dia masih nampak dengan jelas perempuan itu. Cheryl!!. Dia tersenyum. Hajat tercapai.
“Hai still remember me?” bertanya sambil tersenyum
Cheryl membuat muka pelik. Cuak dengan perangai jantan yang sebegini. “Do I know you?” dia membalas. Dah tentu dia ingat. Saja nak pancing jantan ni.
“Kita jumpa last week di meja hujung sana. Tak ingat? Atau buat-buat lupa?. I’m khalif you Cheryl kan?” salam dihulurkan.
Cheryl tidak pandang. Namun khalif masih menghulurkan tangannya. “oh yang ni salam perkenalan hari tu tak sempat nak kenal you blah macam tu je” ujarnya lagi.
“Cheryl, Nice to meet you”. Huluran tangan khalif disambut juga. Dia meneguk martininya tadi. Khalif masih memandangnya. Seksi. Terliur.
“Why Martini?” Tanya Khalif membuka bicara.
“You, why tequila” tanyanya balik.
Eh kita tanya dia. Dia Tanya kita balik. Ok aku balas untuk panjang bicara. “tequila, dingin dan mendinginkan. Perasaan saat menelannya ibarat memandang seorang perempuan. Sejuk” panjang lebar jawapannya.
Cheryl ketawa. Memandang ke menelan. Ngomelnya dalam hati.
Aik kelakar ke jawapan aku tadi. Betul la itu yang aku rasa. “kenapa you ketawa? I buat lawak ke? So apa jawapan you?”
“You are funny. You ambil tequila so I pilih la Martini. Lagipun I suka”. Diambilnya gelas dan disuakan kemulutnya.
“Kenapa you suka?” khalif bertanya lagi. Gelas yang hampir berada dimulut tak jadi dihirup. Cheryl meletakkan semula gelasnya. Memandang khalif dan berlalu pergi.
Lagi sekali kena tinggal. Gumamnya.
Cheryl sudah berada ditengah-tengah orang ramai. Dia jarang menari jika Natasha tiada. Tapi hari ni dia runsing berbual dengan khalif. Cheryl sudah mula mengikut rentak muzik. Lantas Khalif pun bangun dari tempatnya dan mula mengikuti rentak Cheryl.
Dengan bunyi muzik yang membingitkan telinga. Khalif sempat menjerit kepada Cheryl mengenai soalannya tadi.
“I know why martini? You lonelykan?”. Antara dengar dan tidak Cheryl berhenti menari dan kembali ketempat duduknya.
Dia boleh baca minda kah? Bagaimana dia tahu? Ngomelnya.
Khalif menghampiri. “mesti you tertanya-tanyakan macam mana I boleh tahu”. Lagi bertambah kerutan dimuka Cheryl. “ you selalu datang sorangkan. Next time you datang I temankan you” dia meneguk tequilanya. “wash room nak ikut?” melambai tangan dan mengenyitkan mata.
Cheryl hanya memandang dengan pandangan pelik.
Khalif tersenyum. Dia akan dapatkan Cheryl.
Diluar kelab Johan sedang meninjau-ninjau. Dia yakin kelab inilah yang dimasuki adiknya tadi. Berhati-hati Johan meredah masuk. Matanya melilau mencari kelibat adiknya. Nampak. Laju sahaja lengannya memaut lengan adiknya.
“Baik kau ikut aku balik sekarang. Atau kau akan malu disini.” Along memberi kata dua. Dia takut. Antara hendak atau tidak dia terpaksa ikut. Adiknya itu diseret keluar.
“Sakit along”.
“Tau sakit. Kau tak nak sakit masuk sekarang” pintu kereta dibuka. Dia ditolak kasar. Alongnya sudah tidak peduli lagi. Kali ini dia tidak akan berkompromi lagi. Adiknya itu sudah semakin melampau. Lagi dilarang lagi dibuat. Setakat lepak-lepak dikedai mamak masih boleh dimaafkan.
Pedal minyak ditekan laju kebawah. Ketakutan mula menguasai diri. Dia pejamkan mata. Alongnya betul-betul marah.
“Apa nak jadi dengan kau ni? Tak cukup lagi apa yang mama dengan Abah bagi?. Kau nak apa sebenarnya? Ni baju ni? Baju apa ni? Kau nak jadi prempuan sundal ke apa?” alongnya naik angin. Mama dan Abah diam. Dah tentu tak akan membela aku lagi. Takutnya jangan cakap la. Aku hanya diam.
Tubuh kecil itu ditolak kasar. Hampir terjatuh. Teruk juga dibelasah abangnya itu. Berbirat badannya dipukul dengan tali pinggang.
“Sudah la along…”mama merayu. Abah hanya diam melihat apa yang dilakukan oleh anak lelakinya itu.
“Along….sudah la…” mama merayu lagi.
Aku menjerit kesakitan.
“Johan kamu nak bunuh adik kamu ke?” mama menjerit dan menarik tangan along. Hilang sudah rasa kasih pada anak lelakinya itu.
Along berhenti memukulku. Ditenungnya wajah mama dalam-dalam silih berganti dengan wajahku.
“Mama manjakan sangat budak ni. Tengok apa dah jadi. Lepas ni anak ma ni buat bukan-bukan lagi along taknak ambil tahu”. Along mencampak tali pinggang dengan dengusan.
Dia memandang alongnya. Matanya berkaca. Sungguh alongnya menuduhnya begitu. Memang betul dia jahat. Dia tipu keluarga. Dia teguk air haram dia berpakain mencolok mata. Tapi satu yang belum dilakukan. Dia belum pernah melayan jantan diranjang. Hanya yang satu itu sahaja dijaga.
“Mulai hari ini. Kereta kau tu. Aku ambil. Jangan harap kau dapat keluar. Kerja pun tak nak.” Dengus along dan berlalu kedalam biliknya. Pintu bilik dihempas kuat tanda marah.
Dia biarkan adiknya keseorangan menangis. Dosa yang dibuat sudah cukup besar.
Mama memeluk ku erat dalam tangisan.
Dikelab Khalif masih mencarinya. Melilau mata mencari kelibat Cheryl. Tiada.
No comments:
Post a Comment