Monday, July 7, 2014

ANGIN SYURGA-PART 5


sedar tak sedar dah 9 Ramadhan pun cepat je masa berlalu. jap lagi nak beraya! ewah pose tak sampai 2 minggu sibuk nak beraya..  baiklah. karya merapu disambung semula. entah bile nak abis merapu tak tahu lah. tengokah kalu rajin adalah tu. huh!!!
meh layan karya merapu yang tersadai sekian lama. ni meh merapu jap!
PART 5

“Apa kahwin?” papa biar betul. Hampir tersedak air oren yang diminumnya tadi.

“Betul cakap papa tu. Mummy sokong. Kamu tu dah semakin tua. Perangai macam budak sekolah rendah. Langsung taknak dengar cakap orang”

“Papa nak kamu tu bertanggungjawab sikit. Jadi dewasa. Bukan nak enjoy sepanjang masa. Tu kerja kat pejabat tu. Sambil lewa je. Macam mana ni? Boleh lingkup tau syarikat kalau macam ni.” Papa memberi penjelasan.

“Tapi pa, momy Khalif belum nak kahwin”. Dia memandang muka papa dan mama bersilih ganti. Direnung pula Iman disebelahnya.

Iman hanya dengar dia sedar siapa dirinya. Dia tak layak bersuara. Apa saja keputusan keluarga itu diterimanya tanpa membantah.

“Tak ada tapi lagi. Kamu mesti kahwin ini muktamad”. Jelas papanya tegas.

“Tapi nak kahwin dengan siapa?”.

“Aik yang kamu angkut anak dara orang kehulu kehilir tu apa. Pilih la satu buat isteri”. Gila cadangan papa nak suruh aku kahwin dengan perempuan macam tu.

“Takkan la mommy nak menantu macam tu kut” protes lagi. Macam lah dirinya itu mulia sangat. Nakkan isteri yang baik-baik. Sudah la Khalif kau pun sama kaki prempuan, kaki kelab air haram pun kau togak ada hati nak perempuan baik. Hatinya mengutuk diri sendiri.

“Ikutkan memangla mommy tak nak. Nanti mommy juga susah. Susah sangat mommy cari kalau kamu pening sangat nak pilih yang mana?” ini lagi gila. Buatnya perempuan tu sewel ke tak ke naye aku. Aishhh takkan la mommy nak cari yang macam tu kot. Dia gigit bibir.

“Sudah papa tak peduli kamu mesti kahwin atau kamu merempat” papa mengugut.

Papa ni main ugut-ugut pula. Takkan sanggup nak biarkan anak ni hidup dijalanan. Ish kusut macam ni.

“Iman kau kena tolong aku”.  Rayu khalif pada iman.

“Nak aku tolong apa? Tolong kahwin dengan bakal isteri kau?” Iman membals setiap kata-kata Khalif.

Kalau boleh memang aku nak kau kahwin dengan bakal isteri aku. Tolonglah aku taknak! Taknak!!!!. Hati Khalif mula menjerit-jerit meminta simpati.

 “Kau ni. Kahwin je la mane tau kau dapat ustazah. Bertanggungjawab sikit”. Dia ni kalau tak sindir aku tak boleh.

“Takkan la kasonava macam aku ni nak kena kahwin dengan ustazah. Hilang la taring aku nanti”

“Kau kalau kahwin jadi kasanova untuk isteri kau je sudah la”. Iman menyindir

“Ok la bro gud luck” iman berlalu sambil mengangkat tangan.

Ehhh kita ada masalah dia boleh tinggalkan pula. Tak kesian ke kat abang kau yang sorang ni kena kahwin paksa. Senang-senang kau je la kahwin. Benci.

Khalif semakin kusut. Papa Cuma beri tempoh 30 hari untuk mendapatkan calon yang sesuai. Itupun kalau mereka berkenan kalau tidak mommy akan dapatkan calon. Masak aku kali ni.

Dia berkira-kira siapa antara mereka yang layak jadi calon. Qaira ish tak boleh dia gedik aku pun menyampah apatah lagi mommy. Takkan Sopie kot. Muntah hijau mommy dapat menantu macam tu. Cheryl. Kalau aku ubah dia sikit mesti mommy berkenan. Tapi mana nak cari perempuan tu. Kejap hilang kejap muncul. Ni dah lama hilang. Aku rindu perempuan itu. Susah la macam ni.

Khalif mengunjungi kelab malam itu lagi dengan harapan akan bertemu dengan Cheryl. Niat dihati ingin memujuk perempuan itu supaya berlakon dihadapan mommy sehingga cair.

Tapi hatinya hampa. Lama dia menunggu. Bayang Cheryl pun tidak muncul.

********

Sya berdiri di balkoni. Angin malam menyapa tubuhnya. Dingin terasa menusuk ketulang sumsum. Hidupnya sudah tak keruan. Ada sahaja salahnya dicari. Jiwanya semakin kosong. Perintah abah untuk tidak membenarkan dia keluar rumah. lantas Valksvegon hitamnya dirampas oleh along. Bukan itu sahaja. Handphone juga diambil. Kad kredit juga abah telah block. Yang ada Cuma dalam simpanannya. Sudah hampir dua minggu terasa dirinya seperti patah kaki. Tanpa keretanya tanpa handphonenya. Dia mengeluh panjang.

Dilihatnya kesan calar dibadan. Inilah kali pertama dipukul. Dipukul dengan teruk oleh abangnya sendiri. Sebelum ini jentik pun tidak pernah. Tapi ini semua salahku. Dan aku hadapinya sendiri.

Dan setiap hari mama dan abah menasihatiku. Hubungan aku dengan along semakin renggang. Sepertinya aku tidak kenal along lagi. Aku dianggap seperti orang asing.
Ya memang salah dia. Benarlah ikut hati mati ikut rasa binasa. Dan kerana itu dia terkurung disini. Terkurung ibarat rapunzel menanti puteranya untuk menyelamatkannya.

Notes:
Karya merapu ni hanya muncul pada bulan Ramadhan starting last year krikkrikrik
enjoy!!!!!

SALAM RAMDHAN PEEPS!!!!!

No comments:

Post a Comment

LOVELY LOVER