PART 2
Khalif
Najmi meneguk minumannya. Dirangkulnya pinggang gadis yang datang
menghampirinya. Gadis tersebut membalasnya semula rangkulan dengan meletakkan
tangan dileher Khalif.
“You,
malam ni boleh la” Rayu gadis dalam rangkulannya.
“I
okey je terpulangla kat you sopie. I ni ikut you je”
Gadis
bernama sopie ketawa besar. Lalu menarik tangan khalif diajaknya menari. Khalif
tidak pernah menolak bila ada sahaja yang mengajaknya. Hidangan terhidang depan
mata takkan nak tolak kut. Khalif tersenyum lebar.
Mereka
keluar dari kelab agak awal. Sambil berpelukan menuju kehotel.
Kasutnya
dijinjit. Jam ditenung tiga pagi. Perlahan-lahan membuka pintu.
Terjengket-jengkit kaki melangkah dengan badan yang agak terhuyung hayang
akibat kemabukan. Takut kepulangannya disedari.
Tiba-tiba
lampu utama dinyalakan. Terkejut. Terlepas kasutnya kelantai.
“Dari
mana? Dah pukul berapa baru balik” jerkah seorang lelaki. Bagai nak gugur
jantung bila disergah begitu.
Soalan
ditanya tak berjawab. Dia diam tak berani mengeluarkan kata. Takut alongnya itu
terhidu sesuatu yang tak sepatutnya. Lelaki itu semakin menghampiri. Walaupun
tak membuka mulut dia dapat mengagak dan terbau sesuatu yang meloyakan.
“Bau
apa ni? kau minum ye” jerkahnya lagi
Dia
diam sambil meggeleng tak berani membuka mulut.
“Dah
tu bau apa ni? Takkan terpijak taik
kucing pulak? Baik mengaku” abangnya semakin menghampiri. Dekat. Dia takut.
Berundur setapak dua tapak sambil menggelengkan kepala.
Pang
satu tamparan hinggap dipipi. Tubuh kecil itu terpelanting kebelakang lalu
jatuh terduduk dilantai. Keseimbangannya kurang kerana minuman itu. Disaat itu
air mata sudah mula mengalir. Dia yakin pasti akan dihentam teruk kali ini.
“Baik
kau mengaku. Kalau tak lagi teruk aku kerjakan kau” rasa takut menguasai diri
alongnya bertindak gila.
“Apa
yang bising-bising tu” abah menuju kearah kami bersama mama.
“Adik
ma, abah dah pandai minum” jerkah lagi alongnya.
“Astagfirullah…sya
kenapa ni. Dah hilangkah didikan yang ma dengan abah berikan” mama mengucap
panjang.
“Biar
along ajar dia ma. Makin menjadi-jadi perangainya ni”
“Sudah
bukan begini caranya. Kamu pukul dia pun tak jadi apa” abah cuba menghalang.
Memang
silap dia selalu kalau dia minum tak akan ada yang perasan. Tapi kali ini
alongnya sendiri dapat menghidu. Malam itu memang teruk dikerjakan. Bebelan
mama, nasihat abah serta amukan along.
Baru
2 bulan dia pulang ke Malaysia setelah 5 tahun berkelana di bumi orang. Dia
mula berubah bila cintanya ditolak mentah-mentah. Sejak itu dia mula mengenali
minuman haram itu. Walaupun pada mulanya tekaknya tidak mahu menerimanya namun
semakin lama dicuba dia mula rasa serasi dengan minuman itu. Dan itu lah yang
berjaya membuat jiwanya tenang. Nasihat tidak dipedulikan. Kerana dia terbuai
dengan keindahan dunia pengajian yang pada mulanya 3 tahun bertambah menjadi 5
tahun. Disaat itu tiada sesiapa yang yang akan membebel ditelinganya. Dia
sendiri mengharungi hidup dinegeri orang. Pulang ke Malaysia masih dengan perangai
lamanye. Mujur pelajaran tidak terabai. Cuma agamanya yang tergadai. Sejak dari
itulah namanya bertukar menjadi Cheryl. Dia semakin popular dimana-mana kelab
di Bandar London.
Datin
Mahani masuk kebilik anaknya dengan ketulan ais.
“Sakit
lagi” tanyanye sambil menekap ais kebibir anaknya.
Ada
sedikit dengusan. Sakit. Namun ditahan. Itulah harga yang harus dibayar untuk
perbuatannya. Dia tahu salah tapi tidak diendahkan. Asalkan jiwanya tidak
bergolak.
“Sya
kalau ada masalah cuba cerita dengan mama” anak gadisnya itu direnung.
“Ma
perasan tau perubahan sya sejak sya balik sini. Ma dah tak Nampak sya
sembahyang. Sya cakap sya uzur. Tapi takkan lama macam ni.” Masih merenung anak
gadisnya sambil tangannya menguit rambut didahi.
“Hampir
tiap malam sya keluar. Balik pula dah dekat nak pagi. Sya kemana? Berseronok
sampai mabuk macam ni. Sya tahukan minuman yang memabukkan itu haram. Tapi
kenapa sya buat juga?. Datin Mahani kehilangan kata. Tak tahu nak nasihatkan
apa lagi. Makin dilarang makin menjadi. Dia menggelang kepala dengan perangai
anaknya.
Sya
masih diam membatu. Sepi tanpa jawapan.
Datin
Mahani menatang mangkuk yang masih berisi ais itu. “ma rindu anak ma yang dulu.
Anak ma yang ceria. Yang selalu buat kami ketawa” seraya menutup pintu.
Air
mata mula mengalir. Maafkan sya ma. Bisiknya dalam hati
Angin Syurga- Part 1
bersambung lagi kut......
Angin Syurga- Part 1
No comments:
Post a Comment