Monday, January 1, 2018

2018

Semoga 12 bulan mendatang penuh bahagia.
365 hari penuh semangat

New Year 2018

Tahun je baru. Sambut je tahun baru. Terasa makin tua. 
No worries. That a life. Cycling of life.

Sunday, December 31, 2017

Apple Rose

Dah lama tak main masak-masak.
Nah hari ni bosan. Jom main masak-masak.
Epal
Banyak dalam peti ais tu. Tanyalah pakcik google. Pakcik google cakap buat je la apple rose instead apple pai. Sebab epal pai banyak pakai bahan. Maka jadilah apple rose. Senang je nak buatnye.

Tara... inilah apple rose versi aku.
Nampok lawooo oioioiii

Eh eh ini testing je. Banyak nak kena modified lagi ni. Dari segi rasa dan kemanisannya. Hahaa. Tak berapa manis sebenarnya.

Caranya begin. Walaupun aku tanya pakcik google. Kalau korang tanya aku inilah jawapannya.

Epal merah sebiji. Tapi yang aku pakai ni epal pink😉. Asal boleh le jemah oiii.

Belah dua epal dan buang biji dan pulur tengah. Hiris nipis sampai habis.
Rebus dengan gula perang dan serbuk kayu manis. Sekejap je jangan sampai benyo pulak.

Ok buat pastri. 
Setengah cawan tepung gandum. Ni boleh dapat 5 ketul rose
Marjerin boleh butter pon boleh
Air secukupnya.
Garam

Lets mengedoh
Gaul tepung dengan garan dan butter / marjerin sampai jadi seperti berserbuk.
Masuk air gaul lagi sampai jadi doh tak lekat ditangan.

Canai doh memanjang. 

Aku guna sos kastard je. Nak letak jem pon boleh. Ape pon boleh. Ikut suke ler kome.
Sos kadtard ni guna lebihan rebusan epal.
Tambah gula perang lagi iut sesuai manis. Setengah cawan pun cukup. Essen vanila dan kastaed yang telah dicairkan dengan air.
Kacau sampai masak pekat dan berkilat tapi tak keras ok.

Jom boleh rose

Tepung dah dicanai memanjang.
Ratakan sos kastard atas tepung.
Susun epal sepanjang tepung dan lipat bahagian bawah.
Letak dalam cup atau acuan muffin supaya gulungan rose tak terbuka.
Dah siap boleh bakar dalam oven.
Leyak rak paling bawah. Bakar dalam 45 minit gitu.

Oh ya. Pastry tu kalau nak senang beli aje yang dah siap. Namanya puff pastry.

Ok done.
Maaf gambo sedang bikin ini kue tiada. Susah oiii nak tangkap gambo sambil gulung rose😉

Harap paham le. Apa yang nak disampaikan.

Daaa

Tuesday, April 25, 2017

cekodok jee ponnnn!!!


As promise kalau dah buat aku akan upkan story mory kat sini.
 than here it is.

fuh. kan dah kata aku suka tegok si tako ni bergolek kat dalam pan tu. tapi bila aku buat Ya ampunnnn susah nya ya amat. dengan tak mahu bergoleknye. bulat tak berapa nak menjadi. tapi.. tapi kan biasalah bila aku buat mesti ada tikus makmal yang menjalankan ujikaji. hahaha maap kome jadi tikus makmal aku.  deme kate yang aku buat ini lagi sedap dari yang jual kat Aeon tu RM 5 3 ketul. kahkahkah. tetibe rasa cam genok pulak huhuu puiii.

behind the scene nak buat si tako ni. cari bonito flake ada jumpe tapi dia tulih sume jepunnn maneee le kite paham. sib baik ada translator. boleh le beli kalao idak tako aku ni tak ada bonito flake hahaa. satu lagi garnishingnye guna mayonis. bukan mayonis biasa tau. tapi yang cap kewpe tu ntah betul ke idak ejaannya. tapi dah bonito flake pon tak reti bace apetah lagi si myonis tu. sudahnye aku pakai cap lady's choice aje. janji mayonis.

nah up lagi resepinye. aku tak pakai tepung ready made tu daishi ke namanye. sebab takut tak boleh makan. jadinye aku google aje lah. ni tak tau sape punye. sebab patern aku kan suke pastekan aje resepinye. nanti line slow tak le terhegeh-hegeh nak bukak internet kannnn. 



RESIPI ADUNAN TAKOYAKI (26 - 30 biji)


Bahan :

1 cawan tepung gandum 
1 1/2 Tbsp tepung jagung 
2 biji telur saiz A (120g)
 2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam
3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa


1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam. 
4. Sediakan bahan lain/inti pula.


BAHAN INTI :

Octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/belut etc (sebab cari octopus tu susah ya amat aku palai crab stick aje. jadinye title tako tu dah hilang. nanti aku ceritakan)
Daun bawang - hiris nipis
Kobis bulat yang dicincang/disagat.
 lobak merah (sagat)


CARA :

1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak disetiap lubang.

malas nak guan drizle ke ape ke. aku guna berus silikon yang ada tu aje.

2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh 
3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/ belut disetiap lubang
4. Taburkan daun bawang, lobak merah dan kobis.  Saya tengok kat stall letak banyak giler kobis 
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan) 
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan 
9. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan 
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas


bahan hiasan

Sos Takoyaki/Okonami
Serbuk seaweed (sebab cari serbuk takada aku beli seaweed cap bang tu je perisa original. dan blend) 
bonito flake


cara buat sos Takoyaki
1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair 
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu cuka 
2 cm halia (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
3/4 cawan gula


campurkan semua bahan.
didihkan atas api sehingga mendapat kepekatan yang diingini.





inilah takoyaki versi aku
rupe tak berapa lawa
title tako dah hilang sebab guna crab stick
takoyaki itu adalah octopus. dah tak guna octopus mana takonye kan?

hahaa
walaupun rupemu tidak lawa
tapi rasa mu tetap akan ku kenang

huuhuu
nak kate sedap sangat tak tahu lah sebab aku tak pernah makan yang original
selalu beli je kat kedai pon bukan original

than anggap je lah inilah takoyaki yang paling sedap dimuka bumi ini
puiiiii 

that all
till than.....

LOVELY LOVER