Friday, June 28, 2013

ANGIN SYURGA-PART 1

karya merapu ketika kebosanan.....


Part 1

Kilauan lampu dan muzik berentak rancak itu amat membingitkan telinga. Dihujung meja kelihatan seorang gadis sedang leka dengan minumannya.
“Cheryl, kau ni kenapa tak mahu enjoy ke?” Tanya Natasha sambil meneguk minumannya
Cheryl mengerling kearah Natasha “ sekejap boleh tak? Bagi aku minum dulu”.

“Jom la, ikut aku kita menari kat sana. Datang sini tak enjoy buat apa” laju Natasha menarik tangan Cheryl. Cheryl hanya mengikut rentak Natasha. Dan mereka pun mula menari mengikut rentak muzik ditengah-tengah lautan manusia. Cheryl ketawa gembira. Natasha hanya tersenyum dihujung sana. Liuk lentok tarian Natasha memang mengghairahkan.

Natasha yang dikenalinya sebulan yang lepas di kelab itu. Katanya bila ke kelab pendapatannya bertambah. Maklumlah dia cuma seorang promoter barangan kecantikan berapa sangatlah gajinya sebulan jika barangan tak terjual. Nah pendapatannya dikelab itu jauh lagi lumayan dari kerjanya.

Aku dikelab itu bukan untuk meraih pendapatan yang besar. Malah apa yang ada jauh dari cukup. Tujuan ku cuma satu. Berseronok. Dan aku satu sen pun tidak minta dari jantan-jantan yang ada disini.

Bunyi muzik yang kuat membingitkan telinga. Natasha terjerit-jerit kepada Cheryl.

“aku balik dulu. Ada date” jerit Natasha                                          

“tak dengar. Apa kau cakap” Cheryl membuat isyarat tidak dengar.

“aku balik dulu okey” jerit Natasha lagi

“yelah” Cheryl membalas hakikatnya dia sikit pun tak dengar butir bicara Natasha. Dan Natasha pun hilang dari pandangan dengan seorang lelaki Tua.

Cheryl menggelang kepala. Tak de taste langsung perempuan ni. Ngomelnye dalam hati.

**************

Dato’ Jamal meneruni anak tangga sambil membetulkan tali lehernya. Seraya menarik kerusi dan duduk. Dilihatnya Johan sedang menyapu nutela keatas roti.

“Mama masak apa pagi ni?” Tanya dato’ Jamal kepada anak lelakinya itu.

“Entah” sambil menjungkit bahu. “

“Ini je yang ada atas meja along makan je la”. Sambungnya lagi.

Anak yang sorang ni dari dulu lagi tidak pernah cerewet tentang makan. Apa yang terhidang itulah yang dijamah tanpa merungut asalkan perutnya terisi sudah.

“Ada ni nasi goreng Ani masak” Datin Mahani datang sambil menatang semangkuk nasi goreng. Disendukkan kedalam pinggan lalu dihulurkan kepada suaminya. Teh susu yang sudah siap dibancuh dituangkan kedalam cawan.

“Pukul berapa anak dara awak tu balik semalam”. Tanya Dato Jamal sambil menghirup teh dalam cawan.

“ Tak perasan pulak saya bang. Tapi tadi saya tengok ada je dok terbongkang atas katil tu”.

“Adik balik malam lagi ke? Along ingat nak siasat la apa yang dibuat malam-malam”

“Elok la tu. Adik kamu tu tak boleh dibiarkan dia perempuan. Apa-apa terjadi nanti susah. Abah tak nak nanti berita adik kamu kat muka depan paper. Malu kita”

“Yelah bah nanti along cuba selidik. Ma along pergi dulu la” dia bersalam dengan mamanya dan mencium tangan mamanya.

“Abang dah nak gerak ni. Nanti lambat staff cakap belakang pulak kan. Nanti kejutkan anak dara awak tu. Kalau boleh suruh masuk pejabat”

“Yelah bang” seraya menyalam suaminya. Satu kucupan hinggap didahi. Itulah tanda kasih antara mereka. Walaupun sudah hampir 30 tahun melayari bahtera perkahwinan kasih masih utuh.

Datin Mahani menghantar suaminya kemuka pintu dengan senyuman.

 

Langsir diselak. Tubuh kecil yang sedang berselimut itu menguit sedikit. Mata dibuka sebelah. Cahaya yang masuk menyakitkan matanya. Lantas kedua-dua tanganya menenyeh matanya.

“bangunlah sayang. Matahari dah tegak atas kepala dia berselimut lagi. Nanti rezeki tak masuk sayang” ujar datin Mahani sambil menepuk kaki anaknya.

“alah ma kejap la. Ngantuk lagi ni. Rezeki sya sentiasa ade ma. Tu harta abah yang melambak nak bagi kat sape kalau bukan sya dengan along.” Ngomelnye sambil selimut ditarik.

Datin Mahani menarik selimut yang membaluti tubuh kecil itu. “Bangun dah pukul berapa ni. Ade aje alasannya. Harta abah tu banyak tujuh keturunan pun tak habis. Tapi kalau kamu malas tak sempat esok semua habis.” Datin Mahani membangkang alasan anaknya tu.

Semalam balik pukul berapa?” Tanyanya lagi.

Tiada jawapan. Diam.

Ditepuknya lagi kaki anaknya itu. Sikit pun tiada tidak balas. Dipaksanya juga bangun. Akhirnya gadis kecil yang masih mengantuk itu mengalah. Dia bangun sambil mengeliat. Meregangkan urat-urat yang tersimpul.

“Hah bangun pun. Pergi mandi lepas tu pergi pejabat.”

“buat apa kat pejabat” Tanya lagi dengan muka berkerut.

Aik loye buruk pulak. “tolong abah dengan along la. Penat aje abah hantar belajar jauh-jauh tapi tak boleh harap.” Dia memandang anak gadisnya itu lalu keluar dari bilik.

Gadis kecil tu masih terpisat-pisat. Pergi kerja pulak. Orang nak rest dulu. Kan baru je balik. Seraya berbaring lalu lena semula.

Datin Mahani masuk semula. Di lihatnya anak gadisnya tidur semula. Aik boleh tidur balik “Ya Allah..hey bangunlah.”

“Yelah. Tapi tak nakla pergi pejabat lagi”

“Pergi la kejap tunjuk muka kat abah. Tak kesian kat mama ke?” Rayu Datin Mahani. “kalau taknak kepejabat sekurang-kurangnya ikutlah mama ke butik tolong apa yang patut” pujuk mama lagi.

“Tengok la macam mana. Kepejabat ke atau ke butik. Sya ingat nak keluarla ma. Sya mandi dulu ye”.

Datin Mahani mengeleng-gelengkan kepala. Macam-macam anak sorang ni
 
akan bersambung...........

No comments:

Post a Comment

LOVELY LOVER