episod huru-hara. ikut suke-suke hati macam gini jela jadinya. neway main belasah ikut suka. salam ramadhan.
PART 3
Fail
dicampak atas meja. Dato’ Khalid memandang Khalif dengan pandangan menyeringai.
Seram dibuatnya.
“Ini
apa? Laporan? Laporan macam sampah”. Dato’ Khalid mula naik angin. Ikutkan hati
mahu sahaja dilempang anak yang satu itu. Laporan kewangan suku tahun pertama
pun tak dapat diselesaikan. Bagaimana nak terajui syarikat. Dato’ Khalid menggeleng
kepala.
Khalif
diam tidak berkutik. Dia tahu dia salah.
“Jangan
salahkan papa kalau papa tidak beri kamu hak untuk terajui syarikat” sambung Dato’
Khalid lagi.
Membulat
mata khalif. Jangan cakap semua ni akan pergi kepada Iman. Ngomelnya dalam
hati.
“Betulkan
semua ni. Esok papa nak tengok hasilnya” arah Dato’ Khalid
Khalif
berlalu tanpa kata. Mukanya masam mencuka. Siapa suruh kau buat perangai. Padan
muka kau. Semua ni Iman yang punya bukan kau. Khalif mencampak fail atas meja.
Lantak
la Iman cuma dapat hak terajui syarikat. Yang lebihnya hak aku. Senyuman jahat
terukir dibibir.
Cheryl
duduk di meja paling hujung sambil memicit kepala. Sakit kepalanya masih
terasa. Diteguknya jus oren. Kesakitan dikepala menyebabkan dia tidak boleh
menelan air haram itu. Malam ini dia kesorangan tanpa Natasha. Perempuan itu
sibuk melayan lelaki tua yang dah tentunya sugar daddy. Maka jaranglah Natasha
untuk bergembira di sini memandangkan lelaki tua itu boleh memberi lebih dari
yang diharapkan.
“Hai
sorang je”. Sapa seorang lelaki
Cheryl
memandang kiri kanan. Dah tentu aku seorang kat meja ni. Dia memandang lelaki
itu dengan pandangan menjengkelkan. Lalu menyedut jus orennya. Malas melayan
lelaki sebegitu.
Lelaki
itu meletakkan cawannya diatas meja lalu duduk disebelahnya.
“by
the way I’m Khalif’ dia menghulurkan salam.
Sebagai
tanda menghormati kawan barunya itu. Cheryl menyambut huluran salam tu.
“Cheryl” katanya dan berlalu pergi.
Belum
sempat nak berkenalan dah blah. Ngomel Khalif sendirian. Dia membiarkan Cheryl
keluar dengan pandangan.
Valksvegon
hitamnya meluncur laju meredah kepekatan malam. Kali ini dia pulang awal.
Kesakitan di kepala membuatkan dirinya tiada mood untuk berseronok. Tambahan
pula orang tuanya dan abangnya akan mengamuk nanti. Dia tidak mahu kejadian
seperti dulu terjadi lagi. Terkantoi kerana minuman haram itu.
Khalif
masih berseronok dikelab. Malam-malam minggu itulah rutin hariannya. Berhibur
dikelab.
Tiba-tiba
wajah seksi Cheryl terbayang dimatanya. Entah apa yang merasuknya sampai
terkenang-kenang. Sedangkan mereka baru pertama kali bertemu.
Khalif
meletakkan tangan di kepala sambil memejamkan mata. Kerja di pejabat yang
semakin bertambah. Ditambah pula asyik dimarahi dengan bos besar merangkap
papanya menjadikan Khalif bertambah tension. Dia tersenyum. Tersenyum
terbayangkan wajah seksi Cheryl.
“Kau
kenapa?”
Aish
dia ni suka sangat masuk bilik aku tak ketuk pintu. Hilang terus mimpi aku.
Kacau.
“Penat
layan perempuan semalam” sindirnya lagi.
“Kau
kenapa nak jadi macam papa aku jugak ke? Asyik membebel je. Tension kerja
melambak” sambil tangannya menolak fail yang bertabur atas meja.
“Dah
kenapa kau masuk tak ketuk pintu” sambungnya lagi
“Aku
nak minta sign kau ni. Pasal sebut harga hari tu”
“Mana
meh aku signkan. Kau jangan tipu aku pula kang tak pasal lingkop syarikat bapak
aku”
“Sini”
sambil hulurkan failkan. “Tak nak tengok dulu ke” sambungnya lagi
“Takpela
aku percaya kerja kau komited” Khalif terus menadatangan. Yang sebenarnya dia
malas untuk menyemak dan dia percaya Iman yang dia kenal bertanggungjawab dan
amanah.
“Kalau
aku tipu pun aku tipu kau je bukan tipu bapak kau. Takkan lingkop la syarikat
bapak kau ni”
Amboi
cantik bahasa dia. ingat tak de effect kat company ke menipu aku. “Kau nak apa
lagi? Dah tak de apa sila keluar. Tak nampak jalan pintu kat depan sana ok”
arah Khalif. Kadang dia rimas dengan perangai iman yang suka menyindir.
“baik
bos” diangkatnya fail yang telah siap ditandatangan.
Sebelum
berlalu Zakrul Iman sempat mengusik “Kalau tension bawa-bawa la sembahyang” dia
terus menutup pintu. Pen yang dibaling Khalif tidak mengena.
Ada
betul juga usikan Iman itu. Setiap usikannya semua tersirat dengan maksud
tersendiri Cuma dirinya sahaja tidak mahu berubah.
Zakrul
Iman. Anak angkat papanya. Namun dia tidak pernah mengangap pemuda itu macam
orang asing. Dia tetap sayang pada pemuda itu. Dan mereka membesar bersama-sama.
Cuma bezanya Zakrul Iman lebih kuat imannya berbanding dirinya. Memang wajarlah
papa dan mama sayangkan Iman lebih dari anaknya sendiri. Itulah yang membuatkan
dirinya cemburu akan iman bila kasih mereka tumpah pada anak angkat berbanding
anak sendiri. Namun belum pernah dia melakukan sesuatu yang bodoh hingga boleh
menjahanamkan dirinya dimata papanya kerana Iman.
Seperti
malam semalam Khalif mengunjungi kelab semalam. Menanti kehadiran Cheryl. Dia
jarang mengunjungi kelab-kelab ekslusif. Selalunya dia hanya akan mengikut
rentak mana-mana perempuan yang ada. Tetapi kali ni hatinya memberontok untuk
kekelab itu. Dan malam itu dia dipertemukan dengan Cheryl. Dia berharap Cheryl
akan muncul lagi.
Namun
hatinya hampa. Dia menghulurkan not 100 dan berlalu dengan kecewa.
“Tak
keluar malam ni” sindir along.
“Tak
malas” aku membalas pendek.
“Kau
berani lagi nak togak air tu siap kau aku kerjakan” along bisik ditelingaku.
Perlahan tapi pedas.
Aku
hanya diam malas hendak bertekak. Dah tentunya aku yang salah dan akan kalah.
No comments:
Post a Comment