Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Monday, August 16, 2010

the sign of creature

time macam ni bile dah mula berkerja rasa hati ini rindu pada zaman sekolah.tula dulu suh skolah xmo skang dah nyesal tak sudah. eh saya tak nyesal sebab dulu saya sekolah tapi tak pandai huhuhuhu sedihnye.

zaman sekolah zaman yang paling best. time tu la nak memain nak serius. mase sekolah dulu korang suke subjek pe???? saya?? saya suke sains ntah tapi sains boleh difikir secara logik akal. i loike it. siyes tak penah failure pun subject tu paling tidak pon B je la hahhah. kenapa saya suka sebab banyak bende kita boleh tahu melalui sains. prose kimia, biologi, fizik. actually bio the first. kat situ la skor terbaik spm hahah getek. tapi nye keje merepek jer. lain la dapat jadi doktor ke nurse ke eeeowwww muke nih  ciit penakot ne leh wat keje exotik cam tu hahahhah.

anda rasa sains itu hebat???renungkan bersama sains ada link dengan alquran memang hebat.

i missed my old school
i missed my peberet subject
i miss my teacher at school
i miss you all my former pren *sk kuala Pari* Smk Seri Puteri* Smk Methodist Acs walaupon takde subject sains kat situ yang ada cume subject ekonomi yang membosankan. tapi kenapa tidak merindui mereka di uitm. walaupon mereka sentiasa dihati.^-^

renungkan lah bersama:

kehebatan yang ada dilangit dan dibumi adalah bukti kehebatan cipataan Allah SWT

selamat berbuka pose semua

Tuesday, August 10, 2010

sodap sayang hingga menjilat siku!!!!!

esok dah mula berpuasa. erm hari ni pon takde mende nak makan.balik keje kebulo. tengok lauk alahai lemak kobis ngan ikan goreng. adoiii lemak kobis tu yang payah sikit. bersantan i kureng sikit. so bukak peti ais nampak bende ni
ape nih??? ni la budu makanan orang pantai timur
NOTE: gambo ni saya cilok dari pakcik yahoo
takkan la nak snap gambo kat dalam peti ais tu kot tak la cun macam nih

dan juga dalam peti ais tu ada la jugak bende nih

tempoyak...ni pon cilok kat pakcik yahoo gak.

aku pandang tempoyak aku pandang budu aiii mane buleh pandangpandang jer perot dah lapo tahap naga. last sekali ermm camporkan je dua bende nih nyumnyum. bertambahtambah nasi. aiii kalo orang pantai timo tengok macam takcaye je orang perak makan budu cam gitu gayenye hahhaha.

sok da start pose dah tak leh mam siang. Actually aku rindu pada ramadhan. sebab ramadhan tahun lepas banyak sangat kenangan dalam hati. seorang kawan yang aku kenal pada ramadhan tahun sebelum tahun lepas dan pada ramadhan tahun lepas die telah propose aku. siyes aku terkejut tapi tak la secara rasmi. cume bertanya pada diriku seorang. ini adalah rahsia sampailah ketahun ini siapa pon tak tahu. sayangnya aku telah menolak cara baik. bukan kerana aku telah memberi hatiku pada yang taksudi sehingga memberi kesan kehari ini. tetapi kerana aku belum bersedia memikul tanggungjawab dengan keadaanku pada waktu itu baru habis belajar belum bekerja. jawapan pasti yang telah kuberi. kalau awak boleh tunggu saya untuk 5 atau 7 tahun lagi insyaallah kalo ada jodoh saya terima. yang pasti die tak sanggup untuk menunggu aku. dan ramadhan tahun ini aku kehilangan dirinya sebagai seorang kawan. menyepi tanpa berita. kecewe sangatkah die???menyepi dengan cebisan pesan saya tak sanggup untuk tunggu awak tapi kalo Tuhan takdirkan jodoh kita ada insyaallah kita akan bertemu. aku redha always redha.mungkin itu yang terbaik. bile berpikir semula kalo aku terima propose itu mungkin ramadhan tahun ini aku menyambutnya dengan suasana berbeza.

makin aku ingin lupa dirinya yang tidak memilihku
 makin kuat pula perasaan padanya.
sampai bila masih mengharap
sepertinya "sweetwitch under spell"
siyes hari ini aku rindu kamu. bukan kamu pada ramadhan tahun lepas tapi kamu yang menyiksa hati saya.
kamu percaya pada hukum karma"what goes around come around"
mungkin itu yang terjadi pada saya
padan muke saya kan???


saya mengucapkan selamt menyambut ramadan al mubarak 1431 bersamaan 10 ogos 2010
semoga amalan kita deberkati-Nya.

Monday, August 2, 2010

A MOMENT TO REMEMBER

perjalanan hidup saya semakin mencabar. suka duka ditempuhi dengan sabar. saya pernah katakan saya tak mahu memandang masa silam lagi. ye betui. tapi untuk ini saya mahu mengabadikan kenangan mereka yang pernah berada disamping saya.

sebuah kenangan persahabatan zaman kanak-kanak cukup manis untuk diingati

mereka....sangat manis..ketiga-tiganya sedang meniti hari-hari bahagia sangat gembira aku tumpang gembira untuk mereka

pertemuan indah menjejak kaki dirantauan
ada diantara mereka telah bergelar isteri dan ibu
berbahagialah  kamu

-program SDSI-
kemesraan terjalin walaupun seketika
mengeratkan hubungan yang keruh

kenangan manis projek marketing comunication
part 4 2008

so sweet.....

sukaduka menyaksikan perjalanan dalam menjayakan projek isu in marketing

saat berjimba-jimba setelah tamat last paper 'risk management'
risiko yang diambil untuk lulus alhamdulillah lulus dengan cemerlang tanpa disangka

wajah cumil with prop...
tak semua disini
namun kamu semua adalah sebahagian dari kami disini


terlalu banyak kenangan tercipta...manis pahit masam dan manis semua bersatu menjadi satu.. kamu sentiasa dihati walaupun kini jauh dimata.
 pantun untuk kamu

tuai padi antara nampak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

kalau ada sumur diladang
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
kita akan berjumpa juga nanti

langkah kaki takkan berhenti..teruskan berjalan
moga akan tercapai segala impian



LOVELY LOVER