ape nih??? ni la budu makanan orang pantai timur
NOTE: gambo ni saya cilok dari pakcik yahoo
takkan la nak snap gambo kat dalam peti ais tu kot tak la cun macam nih
dan juga dalam peti ais tu ada la jugak bende nih
tempoyak...ni pon cilok kat pakcik yahoo gak.
aku pandang tempoyak aku pandang budu aiii mane buleh pandangpandang jer perot dah lapo tahap naga. last sekali ermm camporkan je dua bende nih nyumnyum. bertambahtambah nasi. aiii kalo orang pantai timo tengok macam takcaye je orang perak makan budu cam gitu gayenye hahhaha.
sok da start pose dah tak leh mam siang. Actually aku rindu pada ramadhan. sebab ramadhan tahun lepas banyak sangat kenangan dalam hati. seorang kawan yang aku kenal pada ramadhan tahun sebelum tahun lepas dan pada ramadhan tahun lepas die telah propose aku. siyes aku terkejut tapi tak la secara rasmi. cume bertanya pada diriku seorang. ini adalah rahsia sampailah ketahun ini siapa pon tak tahu. sayangnya aku telah menolak cara baik. bukan kerana aku telah memberi hatiku pada yang taksudi sehingga memberi kesan kehari ini. tetapi kerana aku belum bersedia memikul tanggungjawab dengan keadaanku pada waktu itu baru habis belajar belum bekerja. jawapan pasti yang telah kuberi. kalau awak boleh tunggu saya untuk 5 atau 7 tahun lagi insyaallah kalo ada jodoh saya terima. yang pasti die tak sanggup untuk menunggu aku. dan ramadhan tahun ini aku kehilangan dirinya sebagai seorang kawan. menyepi tanpa berita. kecewe sangatkah die???menyepi dengan cebisan pesan saya tak sanggup untuk tunggu awak tapi kalo Tuhan takdirkan jodoh kita ada insyaallah kita akan bertemu. aku redha always redha.mungkin itu yang terbaik. bile berpikir semula kalo aku terima propose itu mungkin ramadhan tahun ini aku menyambutnya dengan suasana berbeza.
makin aku ingin lupa dirinya yang tidak memilihku
makin kuat pula perasaan padanya.
sampai bila masih mengharap
sepertinya "sweetwitch under spell"
siyes hari ini aku rindu kamu. bukan kamu pada ramadhan tahun lepas tapi kamu yang menyiksa hati saya.
kamu percaya pada hukum karma"what goes around come around"
mungkin itu yang terjadi pada saya
padan muke saya kan???
saya mengucapkan selamt menyambut ramadan al mubarak 1431 bersamaan 10 ogos 2010
semoga amalan kita deberkati-Nya.
No comments:
Post a Comment