Sunday, April 16, 2017

Buttercream cheese cake

Olaaa. Tetibe blog ni dah jadi macam rojak. Errr bukankah sejak azali lagi blog ni adalah tempat merepek yang tidak bertema. Opss berbalik pada tajuk asal. Harini mari kita belajar buat kek. Hah aku aje yang baru belajar buat kek. Selalu x jadi. Sedih aku tau. Ritu buat japanese cotton cheese cake jadi puding ape ntah. Belasah je lah. Pas tu buat ciffon hokaido kek nth jadi ape tak tau. Bukannye lembut tapi padat dan mampat beliau didalam cup tersebut. Dan aku bukan jenis nak mengalah begitu sahaja. Dan aku mencuba butter cream cheese cake. Hah yang ni menjadi. Kemain dia lompat lompat cam kangkaroo. Hahaa. Gembira oii bila jadi. Tapi agak termasin sikit. Eh aku bukan baking kek guna air laut tau. Haha. Korang nak buat kek cam ni kene agak garam sebab cheese dah masin. Sikit aje garam untuk marinague.
Dah tu jom tengok resepi.

Bahan utama
250g Butter boleh guna apa saja cap korang suka
250 g cream cheese apa sahaja cap pon boleh
100g gula castor
250 g tepung kek
6 biji telur ayam bukan telur itik
Esen vanila
Garam secubit je

Jom baking
Asingkan putih dan kuning telur.
Sedia untuk marinague. Pastikan tiada sedikit pon putih telur yang tertinggal dan bekas mesti kering tanpa ada setitik air pon. Kalau tak putar le sampai esok x jadinye marinague korang. Okey boleh putar dgn garam. Sikit je. Putar sampai berbuih dgn speed paling perlahan. Dah berbuih. Masukkan 50g gula dan putar lagi sampai kental. Means bila korang terbalikkan bekas putih telur tu tak terlingkup. Cuba terbalikkan atas kepala. Tengok terlingkup ke tidak. Ok marinague dah ready.

Let buat bodynye
Putar cream cheese dengan butter sampai kembang. Masukkan telur kuning sebijik demi sebijik. Putar lagi. Dan masukkan 50 g gula. Putar sampai kembang. Stoppp.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit kacau guna kaedah kaup balik. Dah sebati tepung tersebut. Masukan marinague korang pon sikit sikit dengan kaedah kaup balik. Buat sampai habis. Dah siap. Sediakan loyang. Aku tak tau loyang ni saiz ape. Hentam ajelah. Alaskan dgn baking paper. Sapu butter sikit. Tuang adunan kek dalam loyang dan hentakkan loyang sampai kek rata supaya tiada ruang udara dalam kek.
Pastikan oven dah panas. Bakar kek dgn kaedah "waterbath" iaitu letak loyang ke dalam air panas dan masukkan dalam oven. Bakar selama 60 minit dgn suhu 180°. Ikut oven korang ler. Oven aku tu. 1 jam 30minit baru beliau masak.

Inilah
Butter cream cheese cake

Kek tersedap dimukabumi ini dan juga kek termuak dimukabumi ini.

Kalau aku jamu kome dgn kek ni potong kecik kecik jangan pulak kome ngate aku kedekut. Tapi sbb kome mabuk nanti makan kek ni bebanyak. Sedap sangat sebab aku yang buat hahaaaaha.

Selamat menjamu mata

Nak resepi ambik je aku halalkan dunia akhirat.😊


No comments:

Post a Comment

LOVELY LOVER