lame dah tak datang sini. Finally da gak something untuk di postkan. malam ni sebab kebosanan nth tak tahu nak buat ape. Datang pulak idea nak buat onion ring. kebetulan ritu terlebih beli bawang holand buat spageti. jadi kita modified die supaya tak membazie *konon*. padahal memang nak buat cuma malas. hahaa.
baiklah dari kao melalut tak memasal. lekas le tempek gambo yang tak berape nak cun. bukan gambo aku tapi gambo onion ring.
gegelang bawang aka onion ring versi aku
3 biji bawang Holland bawang yang warna kuning tu di ingati bawang Holland. nak guna bawang besar yang selalu buat masak pun boleh tapi rasa die tak manis
secawan tepung gandum
setengah cawan tepung jagung
*lada hitam
*garam dan gula
bahan bertanda * adjust ikut selera memasing yer
bread crumb.
tapi masa aku buat ni bread crumb takde jadinye aku gantikan dengan biskut empat segi diblend (asal boleh)
gaulkan kesemua bahan kecuali bread crumb kepekatan macam buat adunan pisang goreng
hiris bawang membulat dan pisahkan. tang ni agak mencabar sikit sebab korang akan menangis masa buat bende ni huhuhu.
celupkan bawang satu persatu kedalam adunan tepung dan gaulkan dengan bread crumb. buat sampai bawang habis.
dah siap sesi mencelup. sila panaskan minyak. deep fry tau. mesti guna banyak minyak.
pastikan minyak bebetul panas. nak tahu cuba celup jari korang hahaaa. kalau melecur tu panas le tu.
goreng hirisan bawang korang dengan api sederhana dalam 5-10 minit atau sehingga keperangan. jangan sampai hangus nanti pahit pulak.
eh lupe lak. jangan masuk banyak sangat bawang cukup setakat 4 atau 5 hirisan sahaja. kalau tak bawang korang tak masak.
dah siap boleh hidang panas-panas dengan sos cili. takde sos cili pon sedap. kunyah-kunyah macm tu je.
onion ring ni masih rangup walaupun dah sejuk kalau betul-betul masak.
err itu je kot
selamat mengkopi paste dan mencuba walaupun korang sume dah pandai buat onion ring yang lagi cun.
***errr benornya aku bukan nak makan sangat. tapi sebab bosan je. huhu. deme semua ni cam tikus makmal je jadi eksperimen aku hahahaaa.
eh dah 30 haribulan Ogos 2016. cepatnya.
SELAMAT HARI MERDEKA KE 59
esok!!!!
No comments:
Post a Comment