Saturday, August 24, 2013

13 jam A380-review yang tak berapa nak review


okey ini adalah cover bukunya. karya kedua dari Evelyn Rose.ofcoz la Novel Pertamanya The wedding Breaker dah ada dikoleksikan.. eh apa punya ayat daaaa.whatever la.. okeih cover ni amik kat pakcik google punya laman. jenuh i dok snap gambo asik la x cun. sian i tau. maklumlah kamera non hado. kamera enpon tak la ensem macam korang punya. lastnye terjah laman pakcik google gak.

okei jom review jap citer ni. Eh ni versi aaku tau. apa yang aku paham ler... kalo tak paham sila baca sendiri the whole book.i malas nak taip sinopsis belakang novel. xyah la kot. nanti teruja pulak ehehe

Hana sofea, selalu berangan untuk menjadi kekasih Syed Haydar CEO Nazim Construction.17 September 2012 takdir merubah segalanya angan-angan menjadi nyata. dalam perjalanan ke London sedikit kesilapan teknikal dalam kapal terbang mimipi indah Hana Sofea menjadi nyata. 13 jam perjalanan ke London ditemani dengan Haydar jejaka pujaaan. 4 jam menjadi kekasih diawangan. tapi apabila pesawat A380 mencecah bumi semuanya lesap, hilang bagaikan mimpi bagi Hana Sofea. 

dibumi London Hana bertemu fido, nenek dan faawwaz. hana hadir dalam hidup mereka bagaikan mentari yang menyinar. kerana emmel anak angkat fawwaz lalu kasihnya tumpah pada Fawwaz. bayangan haydar hilang sedikit demi sedikit. Hana berubah daari seorang muslim yang biasa-biasa menjadi muslim yang luarbiasa.

disaat kasih kepada Fawwaz mula bertaut. Haydar muncul kembali menagih cinta Hana. kerana Haydar fawwaz pergi membawa diri kerana terluka. kerana Haydar juga Hana hampir-hampir menjadi manusia kejam. namun takdir yang ditentukan oleh Allah sangat indah buat mereka. fawwaz mungkin persinggahan untuk hana berubah dan Allah dah tetapkan takdir untuk Hana. 

okey tu je la kot. nak lebih baca sendiri. ekekeke.
eh jap Ariana Rose ngan Tengku adam Kamil pun ada menambah perisa dalam cerita ni. Linda dengan Samuel pun muncul juga menyedapkan jalan cerita.  

flow cerita start 17 September 2012. endingnya maybe daalam 2016 kot. mengikut jalan cerita nyalah. tarikh tak buleh undur kot coz MasA380 pun baru ada dalam setahun lepas. takkan nak buat tahun 2003 kot macam tak logik pulak. heeeee

well i suke jalan ceritanya sarat dengan mesej. mudah difahami. penuh dengan nilai kemanusiaan walaupun watak antoganis macam tak ada je kot. kejahatan tu  muncul dalam diri sendiri. tapi rasa macam nak tembak si Haydar dengan cara dia nak dapatkan Hana dari Fawwaz. memang sungguh menyakitkan hati. siapa menang  Fawaaz atau haydar?

kagum dengan cara penulis merungkaikaan watak samuel yang mencintai islam walaupun pada dasarnya dia seorang zionis. kalau nak tau siapa Samuel dan Linda, Tengku Adam Kamil dan Ariana rose kenalah dapatkan the wedding breaker dulu okei.eh macam aku dok promote novel ni pulak. 

tak la pula asik baca kisah kawin paksa je. jalan cerita jelain ending still sama... lastnye suke dapat anak kembo. bosan jugak. nak juga santapan lainkan. baru laa ada kelainan sikit. so inilah kelainan yang ada. pewitttt. 

kat dalam novel ni sama macam TWB masih lagi dikekalkan dengan konsep keislaman berlandaskan quran dan hadis. 

dah la sebelum aku review sampai jadi summary baiklah stop sini. kang tak memasal terkabo pulaak endingnya. nak tau ending dapatkanlah novel ni


ok bubai.. selamat malam sayang

No comments:

Post a Comment

LOVELY LOVER