Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

110111 just nice....karya puisi merepek

BINTANG BERBISIKLAH 3

bintang bertaburan menghiasi dada langit
berkedipan memancar sinar

bintang....
aku bisikkan pada sinarmu
sampaikan salam rinduku
pada insan yang merinduku

bintang....
kerdipanmu berbisiklah
kedalam hatiku
katakan diriku
antara yang beribu
disayangi diingati

akan ku khabarkan
pada dunia
bahawa
sinaranmu yang menghiasi diriku
sentiasa membisikkan kata cinta

bintang...
pintaku...
biarkan sinarmu terus memancar
menghiasi ruang rinduku
selagi ada dayamu



ni puisi aku edisi ke 3 jangan ade nak wat lagu pulak kohkohkoh..tak pasal leh glemer menang AJL 26 lak tihtthti... edisi pertama klik sini edisi kedua klik sinun

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU...cikgu


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

 
 
*****selamat hari guru untuk semua warga guru di malaysia
untuk guruguru yang pernah mendidik saya
dan semua kengkawan yang telah menjadi cikgu*****

LOVELY LOVER