Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Saturday, May 22, 2010

kiamat sudah hampir

 HURU HARA  KIAMAT

SURAH al-Takwir ini termasuk dalam kategori surah Makkiah. Ia berjumlah 29 ayat dan diturunkan selepas surah al-Masad. Hubungan surah ini dengan surah Abasa yang terdahulu ialah kedua-duanya menceritakan peristiwa hari kiamat dan bala bencananya.



Gempa bumi yang berlaku hanyalah sedikit daripada gambaran
keadaan kiamat yang dijanjikan oleh Allah.
- gambar hiasan

Imam Ahmad, al-Tirmizi dan al-Hakim meriwayatkan hadis daripada sahabat Umar r.a yang mengatakan bahawa: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin melihat hari kiamat yang seolah-olah dia melihat dengan mata kepalanya, maka bacalah: Idhashshamsu kuwwirat, idhassama'un fatarat dan idhassama'un shaqqat".

Firman Allah SWT: Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap).

Al-Maraghi berkata: Tanda-tanda datangnya hari Kiamat ialah ketika matahari digulung, cahayanya pudar dan hilang ketika dunia mengalami kehancuran sehingga tidak ada satu pun benda di alam lain yang boleh menggantikan benda-benda itu.

Firman Allah SWT: Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak.

Syed Qutb berkata: Gugurnya bintang dimaksudkan ia kelak akan terjatuh bertaburan dari sistem yang mengikatnya dan akan padam cahayanya. Allah SWT sahaja yang tahu bintang manakah yang akan jatuh bertaburan.

Adakah kumpulan bintang-bintang yang dekat dengan kita atau galaksi yang terdiri dari ratusan juta bintang atau seluruh bintang yang tidak diketahui bilangannya melainkan Allah SWT.

Namun, yang pastinya ada bintang-bintang yang akan gugur bertaburan pada hari kiamat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh berita yang benar ini. Tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Allah SWT sahaja.

Firman Allah SWT: Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu)

Al-Maraghi berkata: Sehingga ikatannya terlepas dan terhempas di padang sahara dan terbang dibawa awan di atas kepala.

Firman Allah SWT: Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar.

Menurut al-Qurtubi bahawa tidak terurusnya unta bunting pada saat itu hanyalah sebagai perlambangan sahaja. Ini disebabkan pada hari kiamat sudah tidak ditemui unta bunting.

Tuhan menggambarkan huru-hara hari Kiamat bagaikan satu keadaan di mana seseorang berangan-angan mempunyai unta bunting 10 bulan yang nescaya unta itu akan dibiarkan sahaja kerana amat sibuk menjaga urusan dirinya sendiri yang lebih kritikal itu.

Firman Allah SWT: Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan.

Ibn kathir berkata: Dan umat manusia telah mengabaikan unta-unta pilihannya yang sedang bunting serta mengabaikan urusan kebajikannya sedangkan sebelum ini binatang itulah yang disayangi.

Ini kerana mereka disibukkan dengan hal yang lebih utama tanpa memikirkan kewujudan hari kiamat dan peristiwa lain yang akan berlaku.

Firman Allah SWT: Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur.

Al-Maraghi berkata: Ia juga bermaksud laut meluap. Perkara ini disebabkan airnya bergelombang bagaikan lautan api kerana di dalam perut bumi terdapat magma yang dapat menggegarkan permukaan bumi.

Pada ketika itu air mendidih dan terus berwap sehingga yang tinggal hanya bara api sahaja. Kajian saintifik telah menetapkan bahawa di perut bumi terdapat gunung-gunung berapi yang selalu bergejolak dan menimbulkan gempa bumi yang hebat boleh menghancurkan dataran bumi dan gunung-ganang di beberapa daerah.

Contohnya gempa bumi yang telah terjadi di Nessina, Itali pada tahun 1909 dan kemudian di Jepun. Dalam beberapa hadis disebutkan: "Bahawa laut itu adalah penutup neraka jahanam".

Firman Allah SWT: Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya.

Iaitu ketika jiwa itu kembali kepada jasadnya ketika memasuki awal kehidupan akhirat. Pendapat ini daripada Ikrimah, al-Dahhak dan al-Sya'bi.

Firman Allah SWT: Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, dengan dosa apakah ia dibunuh?

Syed Qutb berkata: Kerendahan jiwa manusia di zaman jahiliah mengakibatkan tersebarnya adat menanam anak perempuan hidup-hidup kerana takut malu dan miskin. Adat ini telah diceritakan oleh al-Quran sebagai merakamkan keburukan zaman jahiliah. Ketika inilah Islam datang menyelamatkan umat arab dari jurangnya yang dalam dan mengangkat darjat manusia seluruhnya.

Firman Allah SWT: Dan apabila surat-surat amal dibentangkan.

Ibn Kathir berkata: Oleh yang demikian, hendaklah seseorang memperhatikan dengan apa dia mengisi lembaran catatannya.

Mujahid berkata: Iaitu ditarik. Sedangkan al-Suddi berkata: Iaitu dibuka dan al-Dahhak mengemukakan: Mengelupas dan kemudian menghilang.

Firman Allah SWT: Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya.

Al-Maraghi berkata: Ketika langit sudah terbuka secara keseluruhan sehingga tidak ada lagi apa yang dikatakan atas dan bawah.

Firman Allah SWT: Dan apabila neraka dinyalakan menjulang.

Al-Qatadah berkata: Neraka itu dinyalakan oleh murka Allah SWT dan pelbagai kesalahan anak cucu Adam a.s.

Firman Allah SWT: Dan apabila syurga didekatkan.

Al-Dahhak, Abu Malik, al-Qatadah dan al-Rabi' bin Khaitsam berkata: Iaitu mendekati para penghuninya.

Firman Allah SWT: (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

Al-Maraghi berkata: Pada saat seluruh kejadian yang telah diterangkan di atas berlaku, barulah setiap orang mengetahui amalannya yang diterima dan yang ditolak.

Kebanyakan manusia yang sewaktu hidupnya di dunia ini tertipu oleh pujuk rayu syaitan, pada hari kiamat kelak akan mendapati amalan-amalan mereka itu ditolak dan tidak dihargai Allah SWT. Bahkan amalan itu dijauhkan daripada Allah SWT serta dia mendapat kemurkaan-Nya.

Orang yang melakukan amalannya dengan riak untuk dilihat oleh orang ramai, maka amalannya itu hanya dianggap usaha yang sia-sia sahaja dan tidak diterima oleh Allah SWT.

Oleh sebab itu, kita wajib memandang perbuatan kita dengan kacamata Islam dan menimbangnya dengan timbangan yang benar. Allah SWT hanya menerima amalan yang lahir daripada hati yang berisi keimanan, penuh cinta dan mengharapkan keredaan-Nya serta melakukan kewajipan-Nya dengan bersungguh-sungguh.

Semoga kita bertambah keimanan berkenaan dengan hari kiamat dan seterusnya menjadikan kita golongan yang mendapat keredaan daripada-Nya. Amin.

oleh:DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
source: http://www.utusan.com/

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0521&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm



*bertaubatlah sebelum pintu taubat tertutup seseungguhnya Allah melapangkan tangan menerima keampunan pada waktu malam disiang hari dan melapangkan tangan menerima keampunan disiang hari pada waktu malam sehingga matahari terbit di barat. (hadis al-bukhari)

Thursday, June 18, 2009

Pengertian Sebuah Cinta

setiap makhluk di bumi ni dikurniakan satu perasaan yang menjadikan pendamaian dan permusuhan. Ya.. cinta mendamaikan dan kadangkala menjadikan permusuhan sesama mereka. telah jelas termaktub sejak azali lagi kerana cinta manusia saling bermusuh berdendam dan terjadinya perbunuhan.


cinta perkataan yang terlalu subjektif untuk ditafsirkan. terlalu luas maksud yang tersirat dan tersurat. marilah kita renungi sebuah kisah cinta yang memerlukan pengorbanan tanpa adanya pengertian dari pasangan yang bernama kekasih.


"sepasang pasangan dimana kekasihnya adalah buta. namun siperempuan tak pernah jemu untuk menyintainya. kerana padanya kekasihnya itu adalah cukup sempurna dijadikan untuk dirinya. Suatu hari perempuan yang terlalu sayang pada kekasihnya bertanya adakah kekasihnya sudi berkahwin dengan dirinya sekiranya dia dapat melihat kembali. kekasihnya berkata andai dia dapat melihat walau bagaimanapun keadaan kekasihnya dia sanggup menerima wanita itu sebagai isteri. setelah lelaki itu dapat melihat kembali ape yang dilihatnya adalah kekasihnya itu juga adalah buta.maka berkatalah lelaki itu pada si perempuan. engkau juga tidak dapat melihat aku tak sanggup untuk memperisterikan engkau. si perempuan tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata tolong jaga mata saya baik-baik."


apakah ertinya cinta yang sebegini??sanggupkah anda membuat pengorbanan yang besar tetapi pengorbanan anda sia-sia dan tak dihargai...renungkanlah dan fikir-fikirkanlah..sesungguhnya cinta kepada manusia akan terpisah cinta pada ALLAH abadi selamanya........

Wednesday, June 17, 2009

Bila Aku Jatuh Cinta.......

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
ALLAH Ya RABBI
bila satu masa aku jatuh cinta...
jangan biarkan cintaku untukMu berkurang...
hingga membuatku lalai akan adanya Engkau...

ALLAH Ya RABBI...
pintaku...
bila satu saat aku jatuh cinta...
penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMu yang tidak terbatas...
biarlah rasaku padaMu tetap utuh

ALLAH Ya RABBI...
izinkan bila satu masa aku jatuh cinta...
pertemukan kami..
berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cintaMu...

ALLAH Ya RABBI..
pintaku..
seandainya aku jatuh cinta...
jangan pernah Kau palingkan wajahMu dariku...
anugerahkanlah aku cintaMu...
cinta yang tak pernah pupus oleh waktu...

LOVELY LOVER