Enam
“Mengikut
laporan ni cik mempunyai masalah dibahagian hati”. Kata-kata doktor bagai
menusuk tagkai jantungnya. Maknanya dia takkan hidup lebih lama.
“Maksud
doktor? Kanser?” aku minta penjelasan.
“Menurut
laporan ia bukan kanser. Cuma kerosakan di bahagian hati. Ini masih boleh
dirawat. Tapi dengan syarat perlu dapatkan penderma yang sesuai.” Jelas doktor
itu lagi.
“Macam
mana saya nak dapatkan donor?” aku perlu tahu semua itu.
“Donor
selalunya datang dari kalangan keluarga. Tapi tak semuanya sesuai. Kuasa tuhan
kan kita mencuba. Mungkin orang luar pun boleh. Kalau cik nak saya masukkan
nama cik dalam senarai penunggu derma hati. Mana nak tahu kalau ada”. Cadangan
doktor aku turutkan. Aku sudah hilang punca.
“Buat
masa ini saya hanya akan bagi ubat dulu. Dan selagi belum ada donor cik harus
bergantung pada ubat”. Terang doktor lagi.
Patutlah
dia selalu tidak sihat. Selalu sahaja demamnya turun naik. Ini puncanya.
Kata-kata doktor terngiang-ngiang ditelinganya.
Sya
masuk kedalam perut kereta Toyota camry milik mamanya. Berfikir sejenak dalam
kerisauan. Mujur papa benarkan dia keluar. Sudah sebulan perintah berkurung.
Yang dia dapat cuma kebebasan. Valksvegon dan handphonenya masih disimpan
along. Dia tidak kisah hidupnya sudah tiada erti lagi.
Toyota
camry meluncur laju dalam kesibukan kota.
“Apa
kata doktor sya” Tanya mama bila aku mula melangkah masuk.
Aku
duduk disofa meletakkan tangan di dahi. “tak ada apa-apa la ma. Doktor cakap
demam biasa je. Lepas makan ubat nanti sihat la”. Aku berbohong. Tak mahu
menambahkan kerisauan. Berbohong lagi. Tak pernah serik untuk berbohong.
“Sya
masuk bilik dulu la ma”. Aku menjinjit plastik ubat naik bersama.
Badanku
henyak diatas tilam. Sedikit air mata mengalir.
“Cik
ada ambil alcohol?” doctor mula bertanya akan hal peribadiku.
“Kenapa
Doktor”. Aku bertanya minta penjelasan. Kalau menipu doctor akan tahu juga
kalau diiyakan persepsi doctor akan berubah terhadap aku. Maka aku tidak
memberi jawapan yang pasti.
“Selalunya
pesakit yang mengalami kerosakan hati ini adalah orang yang pernah mengambil
alcohol dalam kuantiti yang melebihi. Keadaan yang macam ni akan menyebabkan
hati terbakar dan boleh menyebabkan kematian. Tapi dalam kes cik ni. Kerosakan
hati tu masih boleh dirawat”. Panjang lebar penjelasan doctor.
Mungkin
ini balasan. Karma yang Tuhan bagi. What you give You get back. Aku menangis
semahunya. Namun tangisan sudah tidak berguna lagi. Penyesalan sudah tiada
erti.
Dia
berfikir sejenak. Mungkinkah Tuhan tidak menarik nyawanya dan diberi peluang
kedua untuk membaiki kesilapan.
Dia
merenung jam didinding. 2.20 petang masih sempat lagi. Dia menyelongkar almari.
Akhir dapat barang yang dicari telekung dan sejadah yang terlipat kemas itu
diletakkan diatas katil. dia terasa
ingin bersolat. Sudah lama ditinggalkan ajaran rukun islam kedua itu. Bukan itu
sahaja kalimah Allah juga sudah jarang disebut. Diibaratkan dia lupa pada Tuhan
yang memberi dia kehidupan.
Usai
solat dia berdoa. Doa moga dirinya diberi pengampunan atas dosa-dosa yang
dilakukan.
Datin
Mahani menolak daun pintu. Hajat dihati ingin mengajak anaknya itu makan
bersama. Namun apa yang dilihatnya itu menyejukkan hatinya. Ditutupnya semula
pintu. Dia tersenyum. Ya Allah terima kasih kerana makbulkan doa hambamu ini.
bersambung
huh lame betul baru nak apdate.
NOTES: I make a little edited to previous chapter. Yes its a little change but it will be big impact to the whole storyline. So I will re-edit and republish previous chapter and publish the next chapter. so be calm....
till then...
No comments:
Post a Comment