Sunday, May 17, 2015

Bergedil bolognese angle hair

selamat petang semua!!!!
hari ini aku terlebih rajin. tetibe pulak tekak nak makan spageti. tapi sebenornya request by Puan Bonda. Yang dimintanya spageti carbonara. tapi aku dah jemu asyik carbonara je. hari ini nak makan bolognese pulak. cadang nak buat meat ball. tapi tak confiden pula jadi. so terhasil lah macam tajuk diatas tu. Bergedil Bolognese angle hair. sebab apa namanya macam tu. sebab Puan Bonda nak angle hair. mee yang halus katanya. tak mo yang macam selalu. haiii mak aku banyak beno tengok tv pon sampai jenis pasta pun dia tahu haaaaahaaaa. ok kali ni full home made punya tade instanst ok. tade botol-botol paste pasta segera.
seriusly bila buiat betul-betul homemade lame gile nak tunggu masak. aku buat kali nilebih kurang 2 jam baru jadi. aihhhh lenguh wei. sebelah goreng bergedil sebelah lagi buat sos bolognese. tu lah padan muka kau gedik sangat nak buat bergedil.
ok aku lanja gambor ngan resepi jelah. nanti korang-korang free boleh lah buat. eh aku bukan master chef takkan lah korang nak ikut resepi campak-campak aku kot.
 
 tada inilah hasil nya
bergedil versi aku

bahan
1.2 kg kentang dikupas kulit
500g daging kisar
4 ulas bawang putih
bawang sup
bawang holland
lobak merah
lada hitam
garam
telur

cara
goreng kentang sampai masak.aku goreng sebab dia kering kalau rebus nampak basah dan agak lembik. nak rebus pun boleh. terpulang pada tahap kerajianan korang lah. sebab aku terlebih rajin makanya aku goreng. kemudian tumbuk dalam lesung batu. mesti lesung batu kalau korang tumbuk dalam bekas lain tak jadik hahaaaa.
bila kentang dah hamcur lumat ditumbuk dengan penuh kemarahan. tumis bawang putih yang ditumbuk bersama lobak merah dan daging kisar. masak samai kering air jangan pandai-pandai tambah air nanti lembik bergedil ko padan muka. biarkan air daging tu sendiri keluar sehingga kering.
bila dah masak. ready untuk campak kedalam kentang yang sudah dilumatkan. 
campurkan semua bahan-bahan lain seperti daun sup, bawang holland, lada hitam dan garam ikut citarasa korang. 
asingkan 3 biji telur kuning dan putih. telur kuning masukkan dalam kentang. dan yang putih nanti boleh guna untuk salut bergedil nanti. 
kacau dengan senduk sampai rata semua rasa. 
buat bentuk bulat-bulat leper macam cok badak.
salutkan dengan telur putih dan goreng kekuningan.
dan angkat.

tips untum elak bergedil pecah berderai dalam minyak
pastikan minyak betul-betul panas
goreng dengan api kecil
pastikan sebahagian bergedil sudah masak baru balikkan bahagian atas.
elakkan terlalu banyak mengacau bergedil dalam kuali.

seriusly pada aku memang remeh buat bende ni
kene buat dengan penuh kesabaran
al maklumlah aku ni bukan pandai masak pon

tukang gentel bebola begedil ni pon puan bonda sebab dia cakap aku buat lambat terhegeh-hegeh teliti sangat. Yo lah anakanda mu ini tak secekap Puan Bonda memanglah lambat.

hohoho jadi juga tak pecah berderai
tersengeh-sengeh aku bergedil menjadi 

hasilnya dapatlah 105 biji bergedil untuk dingap

meh aku belanja resepi bolognese pulak
heee lanja resepi jer
bolognese angle hair

bahan
500g angle hair
5 biji tomato
1 tin tomato puree
500g daging kisar
sebiji lobak merah dipotong dadu
cendawan butang
6 biji pisang kaki kering(optional nak bubuh pun boleh tak bubuh pun tak dosa)
garam 
sebiji bawang holland dipotong dadu
5 biji bawang putih di cincang

cara
panaskan periuk dengan minyak zaitun. minyak biasa pon boleh tak ada masalah. sebab minyak zaitun ada kat rumah. guna je lah. aku pakai periuk sebab banyak. kalau nak buat sikit kurangkan lah anggaran bahan diatas.
tumiskan bawang putih dan bawang holland sampai layu. masukkan cendawan dan lobak merah. masukkan sedikit air untuk melembutkan lobak merah. sementara tunggu bahan tumisan masak kisar tomato dan pisang kaki kering sampai hancur.
bila bahan tumisan dah masak sila masukkan daging kisar kacau sehingga masak. masukkan tomato dan pisang kaki kisar dan tomato puree. masak sampai pekat. kenapa pisang kaki
sebab pisang kaki akan beri kepekatan kepada sos disamping akan combine rasa masam tomato dan manis pisang kaki. rasa masam manis. mesti pisang kaki kering jangan memandai bubuh buah pisang kaki pulak. tak jadik nanti. padan muka jangan dok salahkan aku pulak.
aku ambik masa 2 jam untuk dapat kepekatan macam ni. oh kalau ikut resepi asal itali mereka reneh bolognese hampir 4 jam untuk dapat rasa yang mesra. haahhaa 2 jam tu pun macam nak pitam dah.
dan dapatlah makan bolognese homemade.

ternya sebenarnya bolognese memang tak sesuai makan dengan angle hair tak ada rasa mesra.
realitinya bolognese lebih sesuai bersama spageti, fetucini dan leguine.
angle hair lebih sesuai digunakan untuk buat goreng-goreng macam oglio olio.
ok!!!!

siapa cakap orang tak pandai masak tak boleh masak
kuikuiui

notes:
rasanya inilah entry yang paling panjang
panjang merapu!!!!!

No comments:

Post a Comment

LOVELY LOVER