Wednesday, September 17, 2014

Potato Mash

salam hari Malaysia!

eh dah lewat tapi still nak wish sebab ini Malaysia kita! I love my Malaysia!
16 September dah jadi cuti umum. banyak pula cuti. well aku pun benonye malas nak kerja dok berangan nak kawin dengan orang kaya tak yah keje dah .
sempena cuti umum yang selalu dinantikan biasalah mesti akan jadi suri rumah tangga. walaupun rumahnye takde tangga nye langsungler tak nampak.
 
hari ni kena masak western. biasalah i kan pakar memasak makanan western. "full yourself". hahahhhh. dah janji kan nak buat kentang putar. so hari ini kenalah buat juga walaupun macam malas jerrrrrrr.
 
tadaaa!!!!
inilah hasilnya
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ini kentag putar gaya saya!!!
 
bahan untuk kentang putar
10 biji kentang
 secawan susu segar
garam
 
bahan untuk sos
secawan susu segar
10 g butter
lada hitam
sos tiram
kicap pekat
kiub pati ayam
sesudu sos tomato
tepung gandum (cairkan bersama air)
 
caranya
buang kulit kentang dan rebus dengan garam sehingga empuk.
lenyekkan sehingga hancur dan putar menggunakan mixer bersama secawan susu segar.
 
kentang putar done!
mari kita buat sos pula
 
cairkan butter.masukkan 1 litter air bersama seketul kiub pati ayam. didihkan seketika dan masukkan semua kecuali tepung gandum. perasakan dengan garam dan didihkan seketika.
masukkan tepung gandum yang telah dicairkan sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
 
done!!
 
 
Note: Sos ini pun boleh dimakan dengan chicken chop atau lamb chop
 
 
selamat mencuba!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

LOVELY LOVER