Thursday, March 13, 2014

hope for MH 370

Hari ni 13 March 2014 dah 6 hari pesawatpenerbangan MH 370 hilang entah kemana.
8 Mac 2014  aku tahu dalam pukul 7 pagi lepas bukak Fb utusan keluarkan link. kononnya tak de pape kot. ignorelah. sambung tido balik. then kol 10 aku terjaga apa deme dok bisig pasal kapal terbang hilang ni.  dengan muka sememeh aku jawab dah tahu pun. masih anggap tak serius. tapi sebenarnya itu isu besar sehingga hari ini.
disini aku tak mahu jadi "keyboard Worrior" . Yes aku dah lah tak berapa pandai. Tetibe nak buat spekulasi yang membodohkan diri sendiri. biarkan mereka buat kerja kita hanya berdoa disini selebihnya biar Tuhan aturkannya. kalau suruh aku cari pun nak cari kat mana. sedangkan barang aku hilang pun tak jumpa cari lantaklah situ. banyak bunyi pun tak guna. menyusahkan orang je kot. dari tambah serabut baik kita berdoa agar mereka dilindungi ilahi.
andai kata mereka selamat, harap Tuhan akan lindungi mereka.
andainya tidak doalah agar mereka dijumpai agar dapat disemadi dengan betul.
sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancangan.

No comments:

Post a Comment

LOVELY LOVER