“sungguh awak benar-benar ikhlas menyintai saya” Tanya ku lagi
Dia memandangku dengan mata yang redup
“sungguh saya sayang awak ikhlas menyintai awak dan awak la wanita yang akan menjadi suri hidup saya” katanya ikhlas.
“tapi saya takut kalau-kalau cinta kita tak kesampaian” aku mula gusar
“Nurul Ainidahawani, saya ahmad Ikhwan sungguh akan menyayangi awak. Hanya Tuhan yang akan memisahkan kita” katanya bersungguh
Itu dulu kata-kata yang sungguh menyayat hati. Kini aku sendirian menangisi perpisahan yang terjadi. Menangisi cinta yang telah pergi. Hanya sepi yang menemani diri. Sungguh aku tidak percaya lagi kata-kata cinta. Cinta yang dibajai denga kasih sayang dan musnahnya juga kerana kasih sayang. Tuhan kuatkan hatiku menerima semua ini. Aku berdoa untuk kelangsungan hari yang mendatang. Walaupun sakit aku masih mahu lihat dia tersenyum dan bahagia. Moga bahagia lah dikau.
“wani…sini kau rupanya”
Sapaan Hana sungguh mengejutkan “aku cari kau tadi merata ingatkan dah kena culik dengan putera duyung” gurau Hana dalam tawa
“kau ni ada-ada je. Aku saje je ambik angin sambil buang angin”
“hah buang angin patutla ada bau”
Kami ketawa. Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan aku seorang kawan yang cukup memahami. Seorang kawan yang ada ketika susah dan senang.
Sungguh aku berterima kasih pada Hana kerana dia la yang banyak membantu aku selama ini.
“thanks Hana bawa aku kesini. Aku rasa tenang sangat”
“wani tugas aku sebagai kawan untuk buat kau hepi dah tu lupakan kesedihan kau. Tengok Pangkor ni cantik kan. Sama cantik macam kita. Sudah tu mula chapter baru”
“cantik Na aku suka. Jom balik dah nak malam”
“jom”
Kami pun beiringan pulang ke chalet. Terbenamnya matahari membawa pergi semua hari bahagiaku.
Aku bergolek-golek atas tilam. Pusing pusing kiri masih terganggu.pusing kanan masih teringat. Susahlah begini. Aku merenung Hana. Sudah lena diulit mimpi. Aku mencapai telefon bimbit. Untuk apa. Tak perlu hubungi dia lagi. Manusia hipokrik.
3 tahun mengenal hatibudi. 3 tahun menyemai cinta akhirnya musnah begitu sahaja
“wani ada surat untuk kau ada orang bagi”
“dari siapa Nija?” tanyaku
“ambil la. Aku tak kenal dia tapi dia kata die kenal kau”. Nija hulurkan surat itu kepadaku lalu aku menyambutnya.
“hah ape tu” tegur Hana
“na Terkejut aku tau. Ni hah surat”
“secret admire”
Aku menjungkit bahu
“bukalah aku nak tau juga isinya”
“nanti kat bilik ye”
“oloooo majuk la macam ni”
“hello surat ni untuk aku takde kena mengena dengan kau”
“yela” hana menjebik.
Selesai bersolat isya wani merenung beg sandangnya lalu menarik sekeping sampul berwarna merah jambu. Cantik tertulis kemas namanya. Perlahan surat itu dikeluarkan.
Kepada adik Nurul
Eh Nurul mana ni? Aku ke sebenarnya. Ahh baca lah dulu.
Harap adik Nurul sihat walafiat. Sebenarnya tujuan utama saya adalah untuk mengeratkan silaturahim antara kita. Boleh kita berjumpa esok petang di depan café kampus. Saya tunggu adik Nurul disana.
Ikhlas
Ahmad Ikhwan
Wani ketawa lalu melipat semula kertas tersebut.
Entah betul entah tidak mamat ni. Ngomelnyer dalam hati.
Aku hulurkan sampul merah jambu kepada Hana.
“nah baca pastu kau boleh la ketawa guling-guling”
Hana ambil lalu membacanya
Aik kenapa dia tak ketawa. Siap senyum pula tu.
“hah kenapa?”
“pergi la Jumpa dia. Dia ni senior kita. Aku kenal dia”
“kau kenal dia” Tanya ku
“mesti la budak accounting semua kenal dia. Final year finance student. Padan la dengan economic semester pertama macam kau.
“eh kau ni, tengok la esok. Nak tido dulu Lalallalaa…” sambil menyanyi riang.
“hey kawan-kawan Wani dah ade……”tetiba hana menjerit nasib baik Wani sempat tutup mulut Hana.
“baik kau jumpe die kalau tak aku heboh kan kat housemate kite”ugut Hana
“jahatla kau”.
Petang yang dinantikan aku menunggu didepan café tanpa Hana. Sampai hati hana mungkir janji kata nak temankan aku.
sory wani aku ade discussion la petang ni tak dapat teman kau jap lagi. Neway gudluck yer :D. sms hana tidak berbalas sampai hati kau Hana.
“assalamualaikum adik Nurul ainidahawani?” sapa seorang lelaki
“ye saya. Ahmad Ikhwan?” tanyaku. Dia mengangguk mengiyakan.
“mari kita kebawah tak manis bersembang disini café dah tutup”
aku jadi cuak mahu tidak mahu aku ikut juga kalu diapa-apakan aku jerit je
“adik Nurul” sapanya sambil melambai kemukaku
“errr jangn panggil saya adik Nurul tak reti la boleh tak awak panggil saya wani macam orang lain juga”
“boleh. Kita minum kat mamak corner boleh wani?”
Seperti lembu cucuk hidung aku angguk dan terus mengikut.
Sambil minum aku bertanya tentang tujuannya yang sangat-sangat ingin mahu berjumpa denganku. Atas dasar apa mahu berkawan denganku.
“macam mana perjumpaan tadi” soal Hana
Sudah la tipu aku lagi mau tanya lempang baru tau.
“ntah…”
“majuk la konon. Aku panggil abang ikhwan pujuk baru tau”
“jahat la kau ni. Takde ape la”
Dan mulut lancang ku ini macam mana marah pada Hana aku tetap akan bercerita. Dan tejawap la segala persoalan bahawa lelaki iti sudah lama meminati aku Cuma hari ini baru terluah sungguh aku tidak menolak bulat-bulat aku cuma mahu berkawan belum bersedia kearah yang lebih mencabar. Kata hana bila aku mula mahu berkawan bermakna aku sudah mula memikirkan cabaran. Biarla kami kenali hati budi sebelum melangkah lebih jauh.
“macam mana” soal zakuan
“die tolak tapi tak bermakna tak boleh mencuba”
Ada senyuman diwajah zakuan dengan pengakuan Ikhwan.
Sejak adanya eratan silaturahim aku, Hana, Ikhwan dan zakuan selalu ada sama. Dan semakin rapat. 3 Tahun berlalu aku mula menerima keihlasan hati Ikwan secara rasminya selepas tamat pengajian. Mungkin sudah bersedia dengan komitmen. Bunga-bunga cinta sudah bersemi. Hana sahabat ku tersenyum melihat kegembiraanku. Tapi zakuan. Menahan rasa dihati. Perasaan itu mungkin tidak disengajakan. Aku memilih Ikhwan kerana ketulusannya.
Kerana keputusanku zakuan membawa diri keluar Negara alasan yang diberikan mahu menyambung pengajian. Mahu uruskan syarikat ayahnya bila kembali nanti. Tapi aku tahu ape sebernarnya maksud disebaliknya. Kuat sungguh hatinya tidak mahu lukakan hati sahabat sendiri. Aku kagum akan ketabahannya.
Kebenaran dari hatinya tersingkap tatkala gambar yang diambil bersamaku tertera dibelakangnya ‘sayang kamu wani’. Aku bertanya katanya cuma sebagai kawan. Paksaan demi paksaan akhirnya aku mengerti lelaki itu berdiam hanya kerana seorang kawan.
Sms yang aku terima dari zakuan membuatkan aku terkejut.
Zakuan: tahniah wani. Sudah habis berlajar. Boleh kerja. With love, zakuan
Wani: thanks… with love wani
Zakuan: kalau saya lamar awak boleh?
Wani: opss saya milik ikwan Hehe
Zakuan: gurau je saya tahu.
Zakuan hanya tersenyum membaca sms itu. Biarlah ianya tersimpan kemas didalam hati. Membawa pergi semuanya bersama kenangan.
Wani: bila berangkat
Zakuan: esok mungkin datang airport lama ni mungkin tak dapat hadir wedding korang
Wani: Insayaallah
Pada hari keberangkatan zakuan aku dan Ikhwan ade sama mengiringi pemergiannya keluar negara tanpa hadirnya Hana kerana menghadiri temuduga.
Zakuan sudah pergi membawa rahsia jauh dari pengetahuan Ikhwan. Aku hanya berdiam biarlah ianya tersimpan dalam hatiku tanpa pengetahuan sesiapa.
Hubungan cinta antara wani dan Ikhwan semakin erat. Mengatur perjanjian demi perjanjian.
“awak adalah hawa saya tau tak” wani senyum
“saya hawa awak tapi awak bukan Adam” kata ku
“memang la saya bukan adam tapi dalam diri saya adalah adam”
Ye awak adalah adam yang diciptaka untuk saya. Saya sayang awak. Itu kataku dalam hati. Tak terluah.
Musim berganti. Genap usia percintaan yang 3 tahun. Namun kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Dengan sedikit rasa perubahan pada diri ikhwan membuat aku gusar. Perjanjian telah diatur. Namun kuasa Tuhan siapa yang dapat menyangkal.
Petang yang Sabtu yang indah itu telah dicemari dengan berita yang menyayat hati. Ikhwan mahu berjumpaku dengan tergesa-gesa. Aku hanya mengikut.
Terduduk aku mendengar berita itu. Aku tidak sanggup membelakangkan keluargaku. Tidak sanggup menjadi menantu yang tidak diterima keluarganya. Namun dalam hati ini masih ada sayang.
“kita kawin lari” kata Ikhwan dalam nada kelam kabut
Gila setan apa yang merasuk lelaki ini.
“tapi kenapa?”Tanyaku
“mama. Mama minta saya lupa awak dan berkahwin dengan gadis pilihan dia” katanya
“tidak.. saya tak sanggup membelakangkan keluarga memilih jalan yang tidak diredaai. Andai itu takdirnya saya pasrah” kataku tegas.
“awak dengar dulu” dia memegang bahuku dan aku mula meronta minta dilepaskan.
“saya sayang awak tahu tak tapi Tuhan maha berkuasa saya tak mampu menghalang perasaan saya pada awak jika itu kehendak mama awak lupakan saya. Dia mama awak saya tak mahu awak berdosa kerana cintakan saya.” Aku tidak mahu berkompromi lagi bila soal mamanya disebut.
Aku tahu dari dulu lagi mamanya tidak pernah suka padaku. Namun aku berusaha keras untuk pikat hati mamanya. Air mata membasahi pipi tiada apa yang harus ku katakan lagi. Keputusan telah dibuat. Aku berlalu pergi tanpa penjelasan dari Ikhwan.
Aku berteleku diatas sejadah meminta pertolongan dari Tuhan agar hatiku kuat untuk memerima semua dugaan yang telah diturunkan. Mujur aku punya Hana teman tika gembira teman tika menangis. Padanya aku luahkan segala. Kata Hana ada benarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Hana setuju hubunganku dengan Ikhwan tapi bila ini terjadi aku harus berundur memberi kebahagiaan pada insan yang aku sayang.
Harinya telah tiba namun rasa hati ini berat teramat tak sanggup rasanya melihat persandingan dia dengan orang lain. Hari itu juga aku membawa diri membiarkan hana pergi sendirian. Sangkaan ku meleset sama sekali. Hana lebih rela bersamaku menemani hari sedihku.
Malam semakin menampakkan tuanya. Hana telah lena diulit mimpi. Aku memadang kearah lautan hempasan ombak memecah sunyi. Cintamu bukan milikku. Akukan terus mencari cinta milikku. Pergilah dikau wahai ombak bersama sepihan cintaku yang telah hancur berkecai.
-tamat-
No comments:
Post a Comment