Sesungguhnya jika rindu itu dirasai, rindulah pada seseorang yang merindui syahid dijalanNya.
Jika rindu seseorang…moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah…
Jangan biarkan rindu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaNya…
Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu
Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah Tuhan
Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang
Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan
Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal
Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih sayang adalah suatu pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian
No comments:
Post a Comment